Parti Konservatif 'tebus semula kekalahan'

in Global by


LONDON – BRITAIN . Sokongan terhadap parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain, Theresa May adalah jauh lebih baik berbanding yang diramalkan dalam pilihan raya tempatan di England selepas keputusan akhir diumumkan pada awal pagi tadi.


Ujian pertama Konservatif selepas hilang majoriti Parlimen pada tahun lalu menunjukkan ia berjaya meraih kerusi utama majlis di London walaupun berdepan saingan hebat pembangkang utama, parti Buruh.


Parti pemerintah itu juga memperoleh sokongan undi di kawasan yang menyokong Brexit ketika referendum 2016, namun hilang sebahagian sokongan di kawasan pro-Kesatuan Eropah (EU).


“Keputusannya adalah lebih baik daripada yang dijangkakan. Parti Buruh menyangka mereka akan menyapu bersih, namun gagal meraih walaupun satu kerusi di London,” kata pengerusinya, Brandon Lewis.


Keputusan akhir itu menunjukkan parti Buruh memenangi 2,350 kerusi, Konservatif meraih 1,332 kerusi, Liberal Demokrat memperoleh 536 kerusi, parti Hijau mendapat 39 kerusi manakala parti Kemerdekaan UK (UKIP) hanya menguasai tiga kerusi.


Difahamkan, tiada pemenang jelas dalam pilihan raya tempatan tersebut yang berlangsung pada Khamis lalu. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]