Pendaki OKU negara tiba di Tok Tok, Nepal

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


KUALA PILAH – Misi menawan Kem Pangkalan Everest (EBC) berjalan lancar apabila orang kurang paya (OKU) Azzrulkhan Hasrullah Matsah, 26, atau lebih dikenali Adam kini telah tiba di Tok Tok, Nepal.


Jurucakap Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B), Muhammad Ariff berkata, perjalanan memasuki hari kedua dari Ghat ke Tok Tok berjalan lancar dengan jarak perjalanan lima kilometer bermula jam 7.45 pagi dan berakhir 4.15 petang.


Menurutnya, perjalanannya kelmarin agak mencabar kerana banyak pendakian dan salah satu cabaran Adam adalah terpaksa mengesot di laluan yang mempunyai banyak tompokkan najis keldai dan yak di sepanjang laluan.

Adam mengesot dan menggunakan kekuatan pada kedua-dua tangan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.


“Namun semua itu berjaya di atas dengan sempurna.


“Apa yang menarik dalam misi ini, Adam mendapat sokongan dan perhatian dari penduduk kampung di sepanjang perjalanan di sini.


“Mereka amat kagum dengan semangat dan usaha Adam.


“Malah sentiasa memberi kata-kata semangat untuk Adam teruskan perjalanan sekiranya berada dalam keadaan keletihan,” katanya.


Terdahulu, Adam bersama ahli kelab dan jurulatih telah diterbangkan ke Nepal pada 28 April lalu


Adam berada di sana selama 20 hari dan terus tiba di Nepal untuk memulakan misinya menawan EBC.

 


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]