Polis berpantang dua hari keluar mengundi

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


TAMPIN – Anggota polis yang baharu berpantang dua hari antara 340 anggota dan pegawai polis yang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal bagi PRU14 di Dewan Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di sini, hari ini.


Konstable Intan Suriani Abdul Kidir, 25, yang melahirkan anak ketiganya, Ammar Ikhwan Muhamad Hisyamudin pada 3 Mei lalu di Hospital Tampin ditemani anak saudaranya, Nor Baizura Selamat, 21.


Menurutnya yang merupakan anggota Balai Polis Tampin, dia sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 50 kilometer dari kampungnya iaitu di Kampung Sri Gemas untuk tiba di tempat pengundian awal kira-kira jam 12.15 tengah hari bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada PRU-14 ini.


“Ini merupakan kali pertama saya mengundi. Walaupun terpaksa menahan sakit baru bersalin dalam perjalanan dari Gemas ke Tampin ini, semangat saya tidak sedikit pun tak luntur untuk mengundi dan saya tidak mahu melepaskan peluang ini.


“Oleh itu, walaupun terpaksa berkerusi roda sebaik tiba di perkarangan tempat mengundi ini, saya sangat gembira dan lega dapat menunaikan tanggungjawab besar ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, tadi.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]