Sahabat Masjid tarik golongan muda

in Edisi Utara by


KULIM – Jawatankuasa Masjid Kulim telah mengambil inisiatif melancarkan Sahabat Masjid Kulim khususnya untuk anak muda bagi mendekatkan mereka dengan institusi itu.


Pengerusi Masjid Kulim, Idrus Ismail berkata pasukan Sahabat Masjid ini telah mempunyai ahli sebanyak 150 orang yang terdiri daripada umur 15 hingga 40 tahun.


Menurutnya, pasukan ini akan bertindak secara sukarela dalam hal berkaitan masjid termasuk tanah perkuburan dan juga memberi bantuan kepada mangsa bencana mengikut keperluan.


“Inisiatif ini  kita mahukan penglibatan lebih ramai golongan muda dekati masjid dan membantu kita secara sukarela jika diperlukan.


“Kita harap lebih ramai anak kariah Masjid Kulim dapat bersama kita, dalam memartabatkan institusi ini dan menjadikan anak muda lebih kenal dengan Islam.


“Pasukan ini juga akan uruskan hal berkaitan masjid termasuk tanah perkuburan ,  nak gali liang lahad dan sebagainya.  


“Merekalah pelapis kita yang sudah makin berusia,” katanya kepada media selepas Program Pelancaran Sahabat Masjid di Tanah Perkuburan Islam Bukit Awi.


Dalam perkembangan lain, Idrus berkata Tanah Perkuburan Islam Kariah Kulim yang berkeluasan lebih satu hektar di Bukit Awi ini akan menggantikan tapak kubur lama yang sudah penuh.


“Kita telah buka tanah ini pada September tahun lalu, dan seramai 44 jenazah telah dikebumikan di sini. Di tapak ini kita gunakan sistem bertingkat untuk kebumikan jenazah.


“Di sini boleh tempatkan kira-kira 3,000 jenazah, dan di sini juga kita telah bahagikan lot-lot untuk jenazah lelaki, wanita, kanak-kanak dan warga asing,” katanya kepada Sinar Harian.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]