Tetap tunai kewajipan walaupun datang bertongkat

in Edisi by


KUANTAN –   Walaupun terpaksa bertongkat , namun tanggungjawab mengundi tetap ditunaikan.


Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Koperal Clement Paing, 35, berkata, dia menjalani pembedahan di bahagian lutut sejak sebulan lalu ekoran kecederaan ketika bermain badminton.


Katanya, dia tetap bersemangat untuk mengundi walaupun dengan keadaan dirinya bertongkat.


“Saya mendapat kelonggaran untuk tidak menunggu lama kerana keadaan saya yang bertongkat.


“Terima kasih kepada pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang membantu,”katanya ketika ditemui pada proses pengundian awal di Kompleks Logistik Polis Alor Akar, pagi ini.


Clement berkata, ini adalah kali ketiga dia menjalankan tanggungjawab mengundi awal.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]