Boko Haram mengganas di Chad

in Global by


N’DJAMENA – CHAD. Sekurang-kurangnya enam terbunuh, termasuk empat pegawai kerajaan dan seorang askar dalam serangan dilancarkan Boko Haram ke atas pusat pemeriksaan tentera di Tasik Chad, sumber tentera memberitahu AFP hari ini.


Serangan berlaku di Gabalami, semalam.


Anggota kumpulan Boko Haram melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas serangan tersebut.


Boko Haram yang menentang pengaruh Barat telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 kematian sejak mereka mengangkat senjata pada 2009 di Nigeria.


Kumpulan itu meningkatkan serangan mereka di negara jiran, Chad sejak beberapa bulan kebelakangan ini.


Bulan lalu, stesen TV kebangsaan Chad melaporkan bahawa tiga askar negara itu terbunuh dalam pertempuran dengan Boko Haram di beberapa lokasi.


Chad dan Cameroon sebelum ini telah menyertai usaha ketenteraan diketuai Nigeria dalam usaha menghapuskan kumpulan terbabit. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]