Cipta lagu khas buat Fikhran

in Edisi by


KOTA BHARU – Selari  dengan perkembangan kemodenan teknologi dan kehendak semasa, calon Parlimen Kota Bharu, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi, 32, tampil menggunakan pelbagai medium kempen untuk menzahirkan hasratnya membantu orang ramai jika diberi mandat memimpin kawasan itu.


Lahir daripada idea seorang pendikir tersohor di Kelantan, Poyie Gasi, Fikhran tampil dengan cara tersendiri iaitu berkempen menggunakan lagu berkonsepkan rap bertajuk ‘Dia Adalah Kita’. Kini di mana sahaja berada, lagu baharu ini menjadi siulan anak-anak muda negeri, walaupun berlainan ideologi.


Menurut Poyie atau nama sebenarnya Muhammad Zainuri Mohamad Zain, 29, beliau mengakui tidak mengenali Fikhran pada awalnya, namun setelah mengetahui seorang pemimpin muda bakal mengemudi Kota Bharu, beliau membuat sedikit ‘rujukan’ melalui video-video melibatkan Fikhran sebelum menghasilkan lagu pendek untuk menzahirkan personaliti calon itu yang bertanggungjawab.


Lagu pendek berdurasi satu minit itu mula tular di media sosial dan ia sebenarnya merupakan ‘inspirasi’ Poyie Gasi kepada Fikhran iaitu pengundi muda kepada calon muda untuk membawa perubahan dan kebaikan kepada Kota Bharu selepas ini.


“Sebaik menyiapkan sebahagian lagu itu, saya muat naik dalam Facebook. Saya terkejut ia mula ditularkan dan mendapat komen yang pelbagai daripada netizen.


Kemudian Fikhran hubungi saya dan minta saya siapkan sepenuhnya. Alhamdulillah, saya amat bersemangat sekali memandangkan saya anak muda, beliau juga anak muda, semangat kami ini adalah untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat,” katanya.


Lagu kisah personaliti Fikhran


Demi semangat anak muda yang diperjuangkan Fikhran, akhirnya Poyie yang juga mencipta lagu filem ‘Pok Ya Cong Codei’ menghasilkan lagu tersebut dan kini sekali gus menjadi salah satu medium kempen Fikhran.


Lagu tersebut mengisahkan mengenai personaliti Fikhran, tanggungjawab rakyat dan keperluan pergi mengundi kepada masyarakat kini sudah mencecah ratusan ribu tontonan dan tidak kurang juga dijadikan ‘ringtone’ pilihan anak-anak muda negeri ini.


Tidak semua calon menggunakan cara berkempen sebagaimana yang Fikhran lakukan, memandangkan beliau adalah anak muda yang selari dengan arus kemodenan teknologi semasa.


Ini menjadikan beliau lebih bersemangat untuk membawa anak-anak muda di Kota Bharu meneruskan semangat juang membina pembangunan yang baik, meningkatkan ekonomi semasa dan juga memberikan kebajikan yang secukupnya kepada keluarga dan ibu bapa.


‘Saya amat teruja’


Fikhran ketika diminta mengulas mengenai lagu kempen ini berkata, beliau tidak menyangka Poyie Gasi akan menciptakan lagu untuk membayangkan mengenai personalitinya walaupun sememangnya Fikhran sentiasa mengikuti perkembangan Poyie yang sering mengadakan persembahan dikir barat di negeri ini.


“Pada mulanya saya hanya tahu Poyie ini penyanyi dikir di Kelantan. Tapi selepas itu, saya diberitahu yang beliau hasilkan satu lagu untuk saya, bagi menyokong perjuangan anak muda di Kota Bharu ini. Dan lebih mengejutkan, lagu tersebut sudah mula dikongsikan oleh beribu rakyat negeri ini melalui Facebook Poyie.


“Saya amat teruja dan bertemu Poyie untuk minta beliau habiskan lagu tersebut yang pada asalnya hanya satu minit, tapi kini lebih dua minit. Alhamdulillah Poyie setuju dan saya gunakan ia sebagai bahan kempen. Penerimaan anak muda, belia dan golongan dewasa juga amat memberangsangkan,” katanya.


LIRIK LAGU  ‘Dia Adalah Kita’


Ayuhlah pejuang.. Rakyat Kota Bharu


Pilih BARISAN.. Hebatkan kota bharu


Beri sokongan.. Peneraju baru


Menjadi lambang.. Perjuangan biru


 


Fikhran Hamshi….Inspirasi.


Fikhran Hamshi….Aspiras.


Fikhran Hamshi…..Demi Generasi


 


Orangnya muda.. Jujur dan berani.


Mudah mesra.. Merendah diri


Rajin berkerja.. Mencapai misi


Berjiwa besar.. Gagah mengharungi


 


Fikhran Hamshi….Inspirasi.


Fikhran Hamshi….Aspiras.


Fikhran Hamshi….Demi Generasi


 


Ilmu di dada.. Bijak pemikiran


Cetus idea.. Sinar masa depan


Rakyat dibela.. Satu perjungan.


Sesiap sedia.. Mara kehadapan


 


Fikhran Hamshi…Inspirasi.


Fikhran Hamshi…Aspiras.


Fikhran Hamshi…Demi Generasi


 


Siapa dia.. Dia adalah kita.


Siapa kita.. Kita adalah dia.


Satu suara.. Sokong berganda.


Tiada dua.. Untuk rakyat kota


 


Fikhran Hamshi…Inspirasi.


Fikhran Hamshi…Aspiras.


Fikhran Hamshi…Demi Generasi


 


Marilah kita.. Bersatu hati


Rakyat di kota. Berikra berjanji


Barisan nasional. Menjadi undi


Ayuh bersama. Teguh dan berdiri


 


Fikhran Hamshi…Inspirasi.


Fikhran Hamshi…Aspiras.


Fikhran Hamshi…Demi Generasi


Fikhran Hamshi…Inspirasi.


Fikhran Hamshi…Aspiras.


Fikhran Hamshi…Demi Generasi


Fikhran Hamshi

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]