Doa bekas anak buah kepada Ferguson

in Sukan by


BEKAS pengendali Machester United, SIR Alex Ferguson masih dalam keadaan serius selepas menjalani pembedahan darah beku di otak.


Menurut kenyataaan Manchester United, walaupun pembedahan berjalan lancar tetapi Ferguson yang berusia 76 tahun itu masih berada dalam rawatan rapi.


Berikutan dengan keadaan itu, Ferguson menerima banyak ucapan sokongan termasuk bekas pemain United, Wayne Rooney, David Beckham, Romelu Lukaku serta Cristiano Ronaldo yang berharap individu itu menguatkan diri selepas mengalami pendarahan otak.


Menerusi akaun Instagram, David Beckham mahu bekas bosnya itu terus kuat dan berjuang melawan kesakitan tersebut.


“Terus berjuang bos, saya mendoakan yang terbaik untuk and,” katanya.


Begitu juga bekas penyerang United, Wayne Rooney yang berkata: “Semoga cepat sihat bos. Doa saya untuk semua keluarga anda.”


Cristiano Ronaldo pula mengharapkan perkhabaran baik ekoran situasi yang dihadapi Ferguson.


“Doa dan harapan saya buat anda, temanku. Kuatkan diri, tuan,” ujarnya.


Bekas pengurus dari Scotland itu membimbing United selama 27 tahun sehingga 2013, menikmati karier yang sangat hebat di Manchester sehingga meraih pelbagai kejuaraan dan melahirkan ramai pemain hebat.


Beliau dianugerahkan gelaran Sir pada 1999, pada tahun United menjulang trebel degan memenangi ketiga-tiga trofi pada satu musim.


Ferguson membina reputasinya di negara asalnya Scotland bersama Aberdeen, menjulang tiga gelaran Liga Scotland dan Piala Pemenang-pemenang Piala Eropah.


Selepas membawa Scotland ke Piala Dunia 1986 susulan kematian Jock Stein, Ferguson menyertai United pada November 1986 selepas Ron Atkinson dipecat.


Beliau memerlukan tiga setengah tahun untuk mencatat kejayaan pertamanya bersama United dengan Piala FA pada 1990.


Beliau bagaikan sukar dihalang selepas itu, pantas mencapai cita-citanya menyingkirkan Liverpool dari puncak untuk menjadikan United pasukan pilihan pada 1990-an dan seterusnya.


Pada 2001 beliau memutuskan untuk meninggalkan kelab setahun kemudian namun dipujuk keluarganya untuk mengubah fikiran dan kekal sehingga 2013.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]