'Itu bukan kerja pas'

in Edisi Utara by


BALING – Pas Kawasan Baling tiada kaitan dengan tindakan sekumpulan penduduk Kampung mengejar petugas media yang datang membuat liputan seorang pemimpin parti politik menziarahi waris mangsa Memali, di sini hari ini.


Menurutnya sumber dalaman Pas, apa yang berlaku adalah tindakan spontan penduduk dan tiada arahan dibuat oleh Pas untuk berbuat demikian.


Katanya, isu Memali yang belum diberikan keadilan pihak berwajib mungkin penyebab kemarahan penduduk.


“Semua itu tindakan spontan penduduk, mereka pastinya kecewa terhadap pihak yang sengaja mencari kesempatan untuk meraih untung politik.


“Sedangkan kuasa untuk menyiasat tragedi Memali di tangan mereka,” katanya.


Terdahulu,  petugas media dikatakan dihalau oleh penduduk selepas selesai membuat liputan pemimpin tersebut.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]