'Lepas PRU nak tidur di kubur pun boleh'

in Edisi by


KOTA BHARU – “Lepas PRU nak tidur di kubur pun boleh.” Itu gurauan sinis Pas terhadap Tun Mahathir Mohamad yang berhasrat menziarahi pusara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rancangan Pengerusi Pakatan Harapan itu disifatkan sebagai janggal lebih-lebih lagi menjelang PRU14 Rabu ini.


“Allahyarham sudah meninggal dunia lebih tiga tahun, kenapa pilih saat menjelang pilihan raya? Malah tinggal dua hari lagi (PRU14), bahkan beribadah (ziarah kubur) itu jemput pula wartawan, sangat janggal.


“Kenapa tidak tangguh, kalau selepas pilihan raya nak tidur pun ok saya rasa tidak ada masalah. Kalau tak ada penginapan pun kita sediakan penginapan percuma,” katanya pada sidang media harian Pas, hari ini.

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]