'Makanlah yang baik, undilah yang baik'

in Edisi by


TEMERLOH – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan rakyat supaya memilih pihak yang terbukti telah menjaga kesejahteraan dan pembangunan negara.


Titah baginda, rakyat perlu membuat pilihan tepat pada PRU14 dengan memilih dan memberikan mandat kepada mereka yang terbukti ikhlas dan mampu merealisasikan aspek tersebut.


“Fikir dengan baik, beri mandat kepada mereka yang terbukti beri khidmat terbaik bagi keselesaan rakyat dan ikhlas.


“Tepuk dada tanya selera. Jangan salah makan nanti sakit perut. Makanlah yang baik, undilah yang baik,” titahnya baginda pada majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Bongsu, Lanchang, di sini, hari ini.


Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah


Hadir sama, Exco Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]