Md Jais serah kepada Shu Qi

in Edisi Johor by


KLUANG – Pengerusi BN Kluang, Datuk Md Jais Sarday sekali lagi mencabar calon PKR kerusi Parlimen Kluang, Wong Shu Qi untuk berdebat mengenai pembangunan di kawasan parlimen tersebut.


Md Jais yang juga penyandang kerusi Dun Mahkota berkata, beliau menyerahkan kepada Shu Qi sama ada mahu berdebat secara tertutup atau terbuka, namun ia bersifat satu lawan satu.


Menurutnya, beliau sedia berdebat dan menyerahkan kepada Shu Qi untuk menentukan tempat dan waktunya.


“Ini kali kedua saya cabar dia (Shu Qi). Apa aku janji yang mereka (Pakatan Harapan) hendak tawarkan kepada orang Kluang.


“Terserah dia untuk menentukan tarikh dan tempat. Saya seorang lawan satu sama satu, apa hendak takut,” katanya kepada media di Hotel Prime City, di sini, hari ini.


Baru-baru ini, Md Jais mencabar Shu Qi berdebat bagi menerangkan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN di Kluang.


Dua hari lepas, Sinar Harian melaporkan Shu Qi menyahut cabaran tersebut, namun, menegaskan sewajarnya debat tersebut bukan dengannya seorang berikutan beliau bukan calon bagi kerusi Dun Mahkota.

 


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]