Wanita muda perlu matang nilai berita di media sosial

in Nasional by


PEKAN – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan golongan wanita muda supaya lebih matang dalam menangani ledakan maklumat di media sosial.


Katanya, mereka perlu lebih berhati-hati dengan maklumat terutama berkaitan politik yang berasaskan persepsi semata-mata dan mencari sumber yang boleh dipercayai.


“Tidak dinafikan, golongan muda lebih mudah tertarik dengan isu-isu sensasi, berbanding fakta sebenar di media-media sosial.


“Terlalu banyak berita palsu dan tohmahan dilemparkan individu tidak bertanggungjawab, semuanya untuk memburukkan imej BN dan kerajaan di mata rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi Wanita Muda di Kediaman Seri Kenangan, di sini, hari ini.


Turut hadir, isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang, Datin Seri Khatijah Mohd Said; Ketua Wanita Umno Pekan Datuk Zalmah Abdul Rahman dan Ketua Puteri Umno Pekan Malia Irdawati Kamaruddin.


Rosmah berkata, fitnah dan dakyah palsu disebarkan tidak membawa manfaat, sebaliknya menjadi pemusnah kepada segala usaha kerajaan untuk mensejahterakan rakyat.


Majlis ramah mesra tersebut menyaksikan kehadiran seramai 700 wanita muda termasuk mahasiswi Universiti Malaysia Pahang, Guru Muda 1Malaysia, Guru Aktif Parlimen Pekan, pengundi wanita muda di semua DunĀ  di Pekan, kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan, dan masyarakat Orang Asli. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]