70 ahli Bersatu Pasir Gudang keluar parti sertai BN

in Edisi Johor by


PASIR GUDANG – Kira-kira 70 ahli dan jentera Bersatu Bahagian Pasir Gudang tampil mengumumkan hasrat mereka untuk keluar daripada parti berkenaan, sebentar tadi.


Kelompok itu diketuai Setiausaha Bersatu Bahagian Pasir Gudang, Zamrin Hamzah yang turut memberitahu kesemua mereka memilih untuk bersama BN pula selepas ini.


“Pada hari ini, saya bersama sebahagian besar jentera Bersatu Bahagian Pasir Gudang bersama untuk mengumumkan tidak mahu lagi bersama parti kerana tidak berpuas hati terhadap pimpinan atasan pada hari ini.


“Pimpinan sudah tidak adil, malah tidak memberi peluang kepada Ketua Bahagian sekarang, Dr Hashim Yusof untuk menjadi caon sepatutnya dalam PRU kali ini. Kita sebagai jawatankuasa bertindak awal, telah naikkan nama jentera PRU Bersatu di sini, dan akhirnya beliau tidak dipilih,” katanya pada sidang media di Hotel TS, Taman Rinting, di sini, sebentar tadi.


Zamrin berkata, pihaknya juga yakin perkara itu (keluar parti) akan ada susulannya lagi selepas ini memandangkan terdapat sebahagian besar lagi ahli Bersatu yang turut merasakan perkara yang sama.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]