Elak pasang bahan kempen 50 meter dari lokasi undi

in Edisi Selangor KL by


KUALA LANGAT –  Empat lokasi utama dikenal pasti terdapat bahan-bahan kempen yang dipasang di kawasan larangan iaitu 50 meter dari tempat pembuangan undi sekitar Kuala Langat.


Pegawai Pengurus Pilihanraya Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya telah menerima laporan penguatkuasa yang bertugas di mana empat kawasan larangan termasuk di lokasi billboard MDKL di Telok Datok,  hadapan SMK Sungai Manggis, Persimpangan Banting Klang, dan Persimpangan Jenjarum.


“Dalam operasi berkenaan, ejen parti pun terlibat dalam pasukan penguatkuasa dan dakwaan mengatakan hanya bahan kempen BN sahaja diturunkan adalah tidak tepat.


“Jadi mana-mana bahan kempen parti yang melanggar peraturan kita ambil tindakan dan rakaman video yang kita terima pun memang jelas ia dalam kawasan 50 meter,” katanya.


Dalam pada itu, bahan-bahan kempen ini tidak dibenarkan disangkut di kawasan awam termasuk di sekolah dan kawasan yang diwartakan sebagai tempat mengundi.


“Saya harap semua penyokong parti dapat mengambil perhatian arahan yang dikeluarkan supaya tidak berlaku sebarang masalah.


“Untuk tempoh sehingga hari pembuangan undi juga kita akan bekerja keras memastikan supaya jarak untuk pemasangan bahan kempen dipatuhi di bawah Seksyen 26 (G) Akta Perlanggaran Kesalahan Pilihanraya 1954.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]