Kamunting dalam kelas tersendiri

in Uncategorized by


PELBAGAI inisiatif dan pelan pembangunan berjaya dilaksanakan Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid sepanjang dua penggal berkhidmat di kawasan Kamunting.


Mantapkan pembangunan, kemudahan awam


Pelbagai aspek pembangunan sentiasa diberikan perhatian  terutama melibatkan pelaburan industri bernilai RM2.3 bilion di Kamunting Industrial Estate kerana ia berupaya menyumbang sebanyak 6,879 peluang pekerjaan bermula pada 2009 hingga 2017.


Sudah pasti peluang pekerjaan menjadi tarikan kepada orang ramai khususnya golongan muda dan kawasan Kamunting kini menjadi tumpuan.

Mohammad Zahir bersama Ketua Umno Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq ketika menyampai sumbangan dalam program Jelajah Utaraku Blueprint 2.0.


Kini kawasan Kamunting semakin pesat membangun dengan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan awamnya termasuk pelaksanaan jaringan sistem komuter yang beroperasi September 2015.


Pembangunan sistem ini secara tidak langsung dapat memudahkan pekerja-pekerja yang bekerja di sepanjang jajaran komuter seperti Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntat, Nibong Tebal, Simpang Ampat, Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Butterworth, Tasek Gelugor, Sungai Petani dan Gurun untuk berulang alik ke tempat kerja.


Bagi merancakkan lagi pembangunan sektor perkhidmatan pengangkutan awam, sistem pengangkutan bas Rapid Kamunting juga berjaya dilaksanakan sejak Mac 2016.


Apabila kedua-dua sistem pengangkutan ini dapat berjalan dengan baik, ia juga menjadi faktor penentu kepada perkembangan positif peluang-peluang pekerjaan.


Dalam masa yang sama, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jelas dapat dilihat bahawa Pekan Kamunting membangun dengan begitu rancak sekali.


Sehingga kini dianggarkan sebanyak 485 buah lampu jalan telah dipasang selain pembukaan Pusat Internet 1Malaysia yang beroperasi sejak 2014 lagi.


Kini Kamunting juga tidak ketinggalan apabila memiliki pusat beli belah terbesar seperti Aeon Mall dan Taiping Mall yang beroperasi sejak empat tahun lalu.


Bukan sahaja meliputi aspek pembangunan, malah di atas usaha Mohammad Zahir, pembinaan Taman Botani fasa pertama di Taman Tasik Taiping yang dijangka siap pada penghujung 2018 juga secara langsung akan menggalakkan pelancong datang ke Taiping.


Sektor perumahan berkembang


Tidak mengenepikan hasrat rakyat  memiliki rumah sendiri, sehingga kini pembangunan 461 unit Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk kakitangan awam di Taman Kamunting Perdana bakal direalisasikan.

Mohammad Zahir bersama calon BN Parlimen Taiping, Tan Keng Liang turut serta dalam Program Gerak Mesra Wanita.


Rumah teres setingkat harga RM160,000 sebuah mula dibina menjelang suku ketiga 2018.


Selain itu, pembinaan sebanyak 260 unit rumah bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Kamunting Perdana juga dijangka siap pada suku pertama 2019.


Melalui projek PPR ini, penduduk hanya perlu membayar sewaan RM124 sebulan.

Mohammad Zahir ketika menyempurnakan acara Pemeriksaan Kesihatan Percuma Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen).


Perkasa sektor pendidikan


Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatan, beberapa pusat pendidikan dibuka di sini secara tidak langsung memberi impak positif dalam membangunkan  Kamunting sebagai sebuah kawasan yang berasaskan industri.


Kini terdapat Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Kolej Komuniti Taiping dan Kolej Vokasional Taiping.

Mohammad Zahir ketika hadir menjayakan aktiviti bersama Komuniti Cina.


Untuk tempoh lima tahun, sebuah pusat pendidikan yang mempunyai kemudahan asas berkelompok dalam pelbagai bidang kursus iaitu Kolej Telekom Taiping.


Perak terkenal sebagai pusat pendidikan  mempunyai banyak universiti awam dan swasta.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]