Kempen 'pintu ke pintu'

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – PKR Johor akan mempertingkatkan kempen untuk mengajak pengundi menyokong Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14.


Pengerusi PKR negeri, Hassan Karim berkata, pihaknya tidak terkecuali menggunakan strategi tertentu untuk mengajak  pemilih keluar mengundi pada Rabu ini.


“Dua hari ini sangat penting. Pertama strateginya ialah merayu kepada seberapa ramai pengundi supaya keluar mengundi walau bekerja di Singapura atau luar Johor.


“Apabila jumlah pengundi ramai, ia dapat membantu memberi kemenangan kepada Harapan,” katanya.


Hassan yang juga calon PKR Parlimen Pasir Gudang memberitahu, strategi saat akhir yang akan dilakukan pihaknya adalah membuat sentuhan sama ada dari rumah ke rumah atau pintu ke pintu di kawasan pengundi Melayu.


“Kita menerima respons yang baik daripada pengundi Cina apabila ramai yang datang ke ceramah yang kita anjurkan dan mendapat maklumat serta penjelasan.


“Tetapi, bagi pengundi Melayu dan India, kita mesti rumah ke rumah.


“Strategi kita yang ketiga juga daripada pihak BN, jumlah undicided voters (pengundi atas pagar). Sebelum ini, jumlah undicided voters di kalangan orang Melayu adalah kecil dan memberi peluang kepada Harapan, tetapi kita perlu jumpa mereka dan merayu.


“Jadi, kalau tiga perkara ini kita dapat buat bermakna peluang adalah besar kepada Harapan,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah negeri yang juga calon PKR Dun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berharap lonjakan daripada pengundi Melayu.


“Pengundi Melayu, kita sasar dapat sekurang-kurangnya 35 peratus, pengundi India kita sasar 40 hingga 45 peratus.


“Oleh itu, di saat akhir ini, kita fokus di kawasan yang majoriti orang Melayu. Kalau di Gelang Patah dipanggil Tanjung Kupang atau Mukim Lapan.


“Kalau kampung Melayu tradisi ini kita tidak boleh agresif, ceramah umumpun mereka tidak keluar. Jadinya kita beri soft approch (pendekatan lembut) serta kempen pintu ke pintu,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]