Kerajaan negeri pandang tinggi sumbangan wanita

in Uncategorized by


IPOH – Wanita kini tidak lagi dibelenggu status suri rumah dan orang penting dalam institusi keluarga sebaliknya golongan ini berupaya memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara.


Pegawai Jasa Dun Kamunting, Sharifah Nor Haniza Syed Abdul Aziz berkata, kerajaan melihat wanita hari ini mampu memberi idea bernas dalam memacu pentadbiran dan pengurusan negara.


Menurutnya, wanita juga berperanan memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam sektor korporat dengan menjawat jawatan penting setanding dengan kaum lelaki.


“Manifesto PRU 14 BN ternyata bersifat menyeluruh dan amat prihatin terhadap pembangunan wanita.

Manifesto wanita


“BN memandang tinggi peranan wanita sebagai anggota masyarakat dalam pembangunan dan keharmonian negara,” katanya.


Sementara itu, Guru Besar SK Balun, Siti Sapura Abu Bakar berkata, manifesto khusus untuk wanita ini dilihat mampu meningkatkan martabat golongan wanita malah langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kaum Hawa.


Jelas Siti Sapura, melalui skim mikro kredit wanita tanpa faedah mampu melahirkan usahawan wanita dan mengurangkan beban kewangan malah kuota lantikan 30 peratus wanita dalam ahli lembaga pengarah dapat melonjakkan peranan wanita sebagai pembuat keputusan dalam syarikat.


“Saya yakin melalui manifesto yang dikemukakan kerajaan negeri menghargai jasa dan pengorbanan wanita serta prihatin dengan kebajikan wanita di negeri ini,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]