Marquez 'si licik' yang bijak

in Sukan by


MARC Marquez terus membuktikan keunggulannya dalam saingan MotoGP musim ini apabila menjuarai GP Sepanyol yang berlangsung di Litar Jerez.


Kejayaan itu menjadikan kemenangan kedua berturut-turut Marquez selepas turut menjuarai GP Austin sebelum ini sekali gus menempatkan diri sebagai pelumba terbaik buat masa ini dengan mengumpul keseluruhan 70 mata.


Mengulas mengenai kemenangan tersebut, pelumba kelahiran Sepanyol yang memulakan saingan di posisi kelima itu mengakui pada awalnya beliau berdepan kesukaran untuk memintas pelumba di hadapan.


Namun, beliau mengakui sudah mempunyai strategi tersendiri dan menggunakan kebijaksanaan itu untuk memenangi perlumbaan ini.


“Perlumbaan ini bukan hanya bergantung kepada kepantasan, tetapi ia juga dipengaruhi dengan bagaimana untuk membuat keputusan yang tepat di setiap pusingan.


“Walaupun agak sukar untuk memintas pelumba-pelumba lain, tetapi saya berjaya menggunakan kebijaksanaan dalam perlumbaan ini. Saya terpaksa menunggu sehingga waktu terbaik sebelum membuat keputusan untuk memotong pelumba di depan.


“Ada satu ketika saya melihat pelumba depan (Jorge Lorenzo) menghadapi sedikit kesukaran, pada waktu itulah saya mula bernafsu dan membuat keputusan untuk memotong dan menjarakkan diri dengan pelumba lain. Ternyata strategi saya berhasil,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]