Mia Ahmad dah mula berselera

in Hiburan by
Mia Ahmad

Mia Ahmad dah mula berselera


SELEPAS setahun lebih mendirikan rumah tangga pelakon, Mia Ahmad dan suami, Izham Tarmizi tidak lama lagi bakal menerima cahaya mata pertama.


Terdahulu, Mia Ahmad, 30, pernah hamil namun mengalami keguguran pada Disember tahun lalu.


Samihah Ahmad Baderi atau lebih dikenali dengan panggilan Mia Ahmad,  usia kandungannya kini memasuki trimester kedua dan difahamkan tidak mengalami sebarang alahan teruk berbanding di awal kehamilan.


“Sepanjang kehamilan belum ada lagi mengidam yang pelik-pelik sebabnya baru sahaja ada selera nak makan.


“Masa trimester pertama kehamilan saya mengalami morning sickness yang teruk. Biasanya kalau isteri hamil, suami pun terkena tempias tetapi dia elok sahaja,” katanya.


Ketika ini Mia Ahmad memperlahankan karier lakonannya dan lebih banyak berehat untuk menjaga kesihatan diri dan kandungan.


Sinar Harian mendoakan semoga segala urusan Mia Ahmad dilancarkan dan proses bersalin dipermudahkan.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]