Najib naik pesawat AirAsia ‘Hebatkan Negaraku’

in Nasional by


SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut ketika berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini dengan pesawat AirAsia yang memaparkan slogan ‘Hebatkan Negaraku’, tema manifesto BN bagi PRU14.


Menerusi Twitternya, beliau memuji langkah Air Asia yang secara terbuka menyokong dasar  mendahulukan rakyat juga tertera logo ‘dacing’ BN.


Perdana menteri menamatkan lawatan dua hari di Sabah, turut bergambar bersama pemimpin  negeri itu dengan berlatarbelakangkan pesawat A330-300 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum menaiki pesawat untuk pulang ke ibu negara.


Najib tiba di lapangan terbang itu pada kira-kira 4 petang selepas lawatannya di Kota Marudu bagi menghadiri program majlis pemimpin bersama rakyat.


Beliau diiringi dua Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman serta beberapa pegawai kanan kerajaan. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Tan Sri Tony Fernandes.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]