Pas sangkal dakwaan Tun Mahathir

in Politik by


KUALA LUMPUR – Pas hari ini, menyangkal dakwaan kononnya Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah menjadi penasihat agama peribadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.


Anggota Jawatankuasa Pas Pusat merangkap jurucakap Gagasan Sejahtera, Kamarulzaman Mohamad berkata, apa yang Dr Mahathir perkatakan adalah bertentangan dengan apa yang berlaku semasa hayat Allahyarham Fadzil yang merupakan bekas Presiden Pas.


“Kami menafikan kenyataan Tun Mahathir bahawa Allahyarham Fadzil semasa hayatnya pernah menjadi penasihat agama beliau,” katanya, di sini, hari ini.


Dr Mahathir yang juga pengerusi pakatan pembangkang dilaporkan berkata baru-baru ini bahawa ia berlaku sebelum arwah aktif dalam politik. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]