Peratusan keluar mengundi menurun

in Global by


BEIRUT- LUBNAN. Menteri Dalam Negeri Lubnan, Nohad Machnouk berkata, jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Parlimen, semalam hanya mencatatkan 49.2 peratus.


“Ia adalah undang-undang baharu dan ramai masih tidak biasa dengannya. Operasi pengundian sangat perlahan,” ujarnya ketika sidang media.


Angka itu menunjukkan penurunan daripada 54 peratus pengundi yang membuang undi pada pemilihan pada 2009.


Difahamkan, 128 kerusi parlimen dipecahkan sama rata yang mana 64 untuk Kristian dan 64 untuk orang Islam termasuk Druze dengan dua bahagian dibahagikan kepada 11 kumpulan agama.


Selain itu, setiap kerusi di 15 daerah mempunyai kerusi parlimen yang dibahagikan mengikut susunan demografi.


Pilihan Raya Parlimen Lubnan telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sejak 2009 susulan krisis di negara jiran, Syria dan ketidaksetujuan terhadap undang-undang baharu pemilihan tersebut. – Press TV  


 


 


Source: SH Global

[featured-video-plus]