Rakan rapat kata Mr Grey sakit buah pinggang

in Hiburan by
Fendy Bakri

Rakan rapat kata Mr Grey sakit buah pinggang


TERDAHULU hero menerusi drama Mr. Grey jatuh sakit secara tiba-tiba sejak awal bulan April lalu.


Walaupun sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan pada awal Mac, dilaporkan pelakon, Fendy Bakry, 29, terpaksa pulang ke kampung halamannya untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi penyakit sama yang dialami. 


Semalam, Sinar Harian telah bertemu dengan rakan rapat Mr. Grey di Pesta Buku Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Ketika ditanya apakah penyakit yang Mr Grey alami? Jawabnya ringkas;


“Fendy sakit buah pinggang.  Dia sendiri yang beritahu kepada saya dan dia bukan alami sakit misteri.


“Saya tak ada melawat tapi ada hubungi menerusi direct message di Instagram, katanya mengharapkan doa yang baik-baik,” katanya. 


Namun, dia juga tidak tahu di mana pelakon itu sekarang.


Pun begitu, difahamkan pelakon tinggi lampai itu dilaporkan keadaannya kembali pulih.


Apa pun penyakit derita yang dialami Fendy, semoga cepat sembuh.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]