Rakyat mahu permukiman diteruskan

in Uncategorized by


SERI MANJUNG – Pendekatan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengadakan program permukiman di setiap daerah di negeri ini memberi pelbagai manfaat kepada rakyat disetiap peringkat.


Perkara itu diakui oleh penduduk setempat termasuk dalam daerah Manjung yang menyokong usaha itu dilakukan secara berterusan.


Penduduk, Khairol Azuan Ariffin, 38, berkata, melalui program itu secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk berjumpa terus dengan pemimpin tertinggi negeri.


“Apabila Datuk Seri (Zambry) turun sendiri ke lapangan, beliau boleh menilai terus setiap permasalahan yang berlaku di setiap kawasan.


“Rakyat pula boleh menyalurkan masalah terus kepada pemimpin tertinggi Perak itu supaya diambil tindakan segera,” katanya.


Menurutnya, istimewanya permukiman apabila interaksi dua hala dijalinkan dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh penduduk dengan kadar lebih cepat.


“Apabila pemimpin tertinggi yang turun padang melihat setiap masalah yang berlaku sudah tentu ini memberi kesan yang baik.


“Namun kita harus faham ada masalah yang dapat diselesaikan dengan cepat dan ada pula yang perlu mengambil masa tertentu,” katanya.


Mohd Azhar Mohamad, 34, juga mengakui permukiman itu memberi manfaat besar kepada rakyat.


Katanya, di peringkat akar umbi, sudah tentu rakyat mahu ia menjadi satu program berterusan dilakukan termasuklah pemimpin kawasan,


“Program ini memang bagus kerana Menteri Besar sendiri dapat melihat dan menilai setiap masalah serta mengumumkan peruntukkan tertentu bagi membantu menyelesaikan masalah itu.


“Program seumpama ini memang dialukan malahan rakyat mendapat manfaat yang begitu besar termasuklah adanya program pemberian cermin mata percuma,” katanya.


Seorang lagi penduduk, Roziah Yahya, 53, berkata, melalui program permukiman turut melimpahkan rezeki kepada peniaga sepertinya.


“Saya peniaga dan apabila adanya program permukiman secara tidak langsung rezeki saya juga bertambah apabila dalam program tertentu saya mengambil peluang untuk berniaga.


“Saya akan ikut program tertentu supaya dapat berniaga dan sudah pasti dalam setiap program akan dihadiri oleh ramai orang, jadi di sinilah punca rezeki saya bertambah,” katanya.


INFO


ISU RAKYAT DISELESAIKAN, PEMBANGUNAN DIBAWA KETIKA PROGRAM PERMUKIMAN MENTERI BESAR KE DAERAH MANJUNG

> Naiktaraf surau Desa Manjung Point RM500,00

> Gelanggang futsal fasa 2G Seri Manjung RM180,000

> Pelantar nelayan terapung Kampung Telaga Nenas RM200,000

> Projek sekolah baru dengan asrama dan rumah guru SM Sains Manjung RM60 juta

> SM Tahfiz Darul Ridzuan Pangkor RM8 juta

> Naiktaraf Kolej Perikanan Malaysia, Lumut RM6 juta

> Projek penempatan semula perkampungan nelayan kawasan Teluk Muroh, Lumut RM67 juta

> Projek penempatan semula perkampungan nelayan Kampung Sungai Pinang, Pulau Pangkor RM31.9 juta

> Projek tebatan banjir lembangan Sungai Beruas RM36.8 juta

> Bangunan tambahan Hospital Seri Manjung RM60 juta

> Klinik Kesihatan Pulau Pangkor RM29.5 juta

> Peruntukan MARRIS RM14 juta


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]