Tindakan tepat elak terus berleluasa

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Umno disifatkan mengambil tindakan yang tepat apabila memecat tiga veterannya iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz, dan Tan Sri Dr.Rais Yatim yang mengkritik parti di pentas terbuka.


Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, ahli BN haruslah menyokong parti dan jika ada teguran perlulah mengikut saluran yang betul.


Menurutnya, tindakan mereka duduk sepentas  dengan pembangkang adalah tidak boleh diterima.


“Tindakan pecat tiga veteran ini tepat supaya perkara ini tidak merebak dalam kalangan ahli Umno yang lain.


“Jika mereka tidak lagi bersama parti,mereka boleh kritik dan tidak melibatkan ahli Umno yang lain,” katanya ketika di temui pada Program Ramah Mesara Mubarak Pahang Bersama Ibu Tunggal  Parlimen Paya Besar dan Parlimen Kuantan.


Abdul Aziz berkata,  tindakan itu  akan menghakis kepercayaan dan kredibiliti parti.


Tiga bekas menteri iaitu Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim digugur keahlian Umno susulan sokongan masing-masing terhadap pembangkang dan mengeluarkan kenyataan menghentam parti.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]