Tsunami rakyat di Bukit Gantang

in Uncategorized by


SIMPANG – Tsunami rakyat yang akan memberikan sokongan penuh kepada Harapan Bukit Gantang bakal menjadi kenyataan 9 Mei ini.


Calon PKR Dun Trong, Datuk Shaharuddin Abdul Rashid berkata, perkara tersebut jelas dapat dilihat melalui sokongan dan kebangkitan rakyat.


Menurutnya, walaupun Parlimen Bukit Gantang khususnya membabitkan Dun Changkat Jering terlibat dengan persempadanan semula sehingga menyebabkan kehilangan sebanyak 8,976 pengundi di pindahkan ke Taiping, Aulong dan Pokok Assam, namun Harapan mempunyai


strategi yang baik bagi memastikan kemenangan.


“Kita (Harapan) tidak lagi memberi tumpuan kempen secara tradisional dengan pergi rumah ke rumah semata-mata.


“Namun apa yang kita laksanakan adalah mengikut peredaran masa iaitu dengan menggunakan media,” katanya pada sidang media di Bilik Gerak Harapan, semalam.


Shaharuddin berkata, perkara utama yang diberikan perhatian ialah soal kebangkitan rakyat.


“Apabila kita melakukan culaan setiap hari khususnya melibatkan kawasan kubu kuat Umno, kita dapati kurangnya sokongan kepada parti itu kerana kebanyakkan penyokongn BN sudah bersama Harapan.


“Selain penyokong, kita juga akan tarik ahli-ahli Umno untuk bersama kita dan sehingga hari ini lebih 55 peratus telah memberikan sokongan kepada kita,” katanya.


Beliau berkata, dalam situasi sekarang akan berlakunya ‘silent vote’ pada PRU14 ini.


“Harapan perlu menang sebab kita nak buat perubahan untuk rakyat.


“Tambahan pula, isu utama yang sering dibangkitkan rakyat ialah melibatkan tekanan kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat,” katanya.


Sementara itu, calon PKR Parlimen Bukit Gantang, Datuk Khadri Khalid berkata, pihaknya yakin rakyat bakal memberi sokongan penuh kepada Harapan khususnya di Parlimen Bukit Gantang.


“PRU14 Harapan perlu memang sekali gus berusaha mengubah cara berfikir rakyat.


“Kerana sehingga hari ini, masih ada segelintir rakyat yang mempunyai sindrom takut hilang fasiliti sekiranya menyokong pembangkang.


“Kita harap rakyat sedar dan berani melakukan perubahan kerana kita berjuang untuk mengubah nasib rakyat,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]