Wanita maut dirempuh motosikal

in Edisi Utara by


BALING – Seorang wanita maut dirempuh motosikal ketika melintas di Jalan Kembal-Parit Panjang, di sini jam 5 petang tadi. 


Penduduk, Ahmad Shahabudin Ibrahim berkata, mangsa dikenali sebagai Mak Teh berusia 40-an, melintas jalan untuk memasang bendera parti.


Menurutnya, akibat pelanggaran itu, mangsa maut di lokasi kejadian manakala penunggang yang cedera dihantar ke Hospital Daerah Baling.


“Penunggang dalam lingkungan 19 tahun itu dari arah Parit Panjang sebelum bertembung dengan Mak Teh,” katanya.


Menurutnya, terdapat sebuah pondok parti dibina berhampiran selekoh jalan dan berbahaya kepada pengguna.


“Di situ ada sebuah pondok parti dibina berhampiran selekoh dan menjadi tumpuan ramai berkumpul setiap petang.


“Dah ada yang larang jangan buat pondok di situ, tetapi pihak berkaitan biarkan saja,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]