2,400 pengundi luar dibawa pulang

in Edisi by


PEKAN – Kira-kira 2,400 pengundi luar, khususnya yang tinggal di kawasan Lembah Klang berjaya dibawa pulang, hari ini untuk mengundi.


Usaha berkenaan dibawa Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) menerusi konvoi ‘Moh Balik Ngundi’.


Presiden Kawan, Ibrahim Ali berkata, konvoi berkenaan merupakan inisiatif membawa pulang seramai mungkin pengundi luar bagi seluruh Parlimen Pekan dan empat Dun di bawahnya iaitu, Peramu Jaya, Chini, Bebar dan Pulau Manis.


Menurutnya, rata-rata yang dibawa pulang membabitkan pekerja dan pelajar hampir di seluruh negara.


“Secara keseluruhannya kita telah mengenal pasti terdapat lebih kurang 9,000 pengundi Pekan berada di seluruh negara, manakala 38 orang berada di luar negara.


“Namun begitu, kita berjaya mengumpul dan hanya 2,400 yang berdaftar untuk pulang menerusi program ini, manakala selebihnya mengikuti program masing-masing,” katanya.


Menurutnya, konvoi berkenaan bergerak dari Kompleks Sukan Setiawangsa, Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi membabitkan sebanyak 190 buah kereta, selain 50 motosikal berkuasa besar dan empat buah bas.


“Manakala sebanyak 13 buah bas lagi bersama 800 pelajar bergerak dari negeri lain seluruh negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]