Dekad baharu bersama BN di Pontian

in Edisi Johor by


BUKAN sehari dua menabur bakti memberikan khidmat kepada masyarakat di Parlimen Pontian khususnya di Dun Benut.


Ir Hasni Mohammad yang juga merupakan Pengarah BN Parlimen Pontian bertekad mahu mengekalkan BN di Pontian sebagaimana BN telah bertapak di daerah ini sejak lebih 60 tahun lalu.


Beliau yang merupakan penyandang dan calon Dun Benut, ternyata mempunyai misi besar dalam memastikan kejayaan sejajar dengan hasrat membangun dekad baharu bersama BN di Pontian.


Ikuti temubual bersama Ir Hasni Mohammad menyingkap usaha yang akan dilaksanakan BN di Pontian.


Apa yang ditawarkan BN di Pontian


Banyak yang hendak kita lakukan di Pontian, semua ini dapat dilihat menerusi AKU JANJI BN Parlimen Pontian yang terkandung 56 perkara.


Melalui AKU JANJI ini penduduk akan lihat BN mempunyai keupayaan untuk membawa perubahan dan pembangunan.


Kerajaan negeri juga sama sekali tidak meminggirkan kawasan diluar pusat pertumbuhan di Johor Bahru sahaja, akan tetapi kawasan luar bandar juga turut terima limpahan dari kepesatan ekonomi.


Justeru, usaha perlu dilakukan bagi mempersiapkan generasi muda sebagai golongan pelapis untuk merebut peluang bagi meningkatkan keupayaan diri sama ada dalam bidang kemahiran, ekonomi, pekerjaan dan sebagainya.


Segala usaha yang akan dilakukan BN Pontian termasuk membina kira-kira rumah mampu milik di atas tanah seluas 35 hektar di Taman Megah  pasti menarik golongan muda untuk terus tinggal di sini tanpa perlu berhijrah ke luar.


Tarik pengundi muda


Dengan peratusan yang dianggap besar iaitu sebanyak 40 peratus, golongan muda pasti menjadi tumpuan.


Mengakui peranan media sosial kini memainkan peranan cukup hebat mempengaruhi golongan muda, BN mempunyai kaedah dan usahannya yang tersendiri bagi menarik pengundi muda.


Melalui AKU JANJI BN PONTIAN, pelbagai usaha BN akan dilaksanakan yang merangkumi aspek sara hidup, pendidikan, pekerjaan, kemahiran dan prasarana infrasuktur lebih baik.


Malah sebahagian besar daripada manifesto BN PONTIAN lebih kepada golongan muda dan tidak mustahil golongan penentu ini akan tertarik dengan apa yang dijanjikan kerana BN sahaja yang mampu membawa perubahan.


Diharap golongan muda dapat berpandangan jauh menilai kejayaan di bawa BN di Pontian. Undi anda adalah penentu, seharusnya anda tidak tersalah pilih kerana hanya BN yang mampu menjamin masa depan orang muda.


Bagaimana pula perancangan menyediakan hub orang muda di Pontian?


Keseluruhannya orang muda di Pontian sangat bertuah kerana kerajaan di bawah pimpinan BN akan menyediakan hub bagi orang muda.


Hub orang muda Pontian ini merangkumi aktiviti ekonomi, perniagaan dan rekreasi yang akan dibangunkan di beberapa lokasi seperti Ayer Baloi dan Pusat Perdagangan Pontian.


Bagi hub rekreasi ia akan terjemahkan dalam pembinaan landasan litar lumba kereta atau motorsikal.


Bagaimanakah datuk melihat pembangunan di Benut?


Kawasan Dun Benut yang berada di dalam daerah Pontian kini pesat membangun hasil transformasi dijalankan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional ( BN).


Pekan Benut yang terletak kira-kira 24 km dari bandar Pontian kini membangun dengan landskap perubahan yang mewarnai kesejateraan penduduk di situ.


Benut juga dikenali kerana budaya Bugis yang dapat dilihat dari makanan tradisi burasak dan lepat loi manakala masyarakat Jawa pula cukup terkenal dapat pembuatakan produk industri kecil dan sederahana ( IKS) seperti kerepek.


Hasil komitmen berterusan penyandang Adun Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad sejak 2008 hingga sekarang berjaya mengubah wajah Benut daripada sebuah pekan koboi menjadi pekan yang maju.


Menurut Ir Hasni, pembangunan pesat yang berlaku di Benut kini menjadi bukti usaha dilakukan kerajaan negeri dibawah BN yang tidak pernah sama sekali meminggirkan kawasan luar bandar.


Katanya, Benut bakal menjadi pusat pertumbuhan yang mendominasi pembangunan menerusi sektor pendidikan, keusahawanan, pelaburan dan sebagainya.


Gerak kerja jentera BN Pontian


Sebagai Pengarah BN Pontian saya cukup berpuas hati dengan perjalanan gerak kerja jentera BN Pontian yang mempunyai 36 Pusat Daerah Mengundi ( PDM).


Dalam tempoh 10 hari selepas penamaan calon sehingga ke hari pembuangan undi kelak, pelbagai program termasuk ceramah telah disusun.


BN Parlimen Pontian meletakkan sasaran sebanyak 20 siri ceramah dan program diadakan setiap hari.


Kerjasama dan semangat ditunjukkan ahli BN termasuk dari sayap kompenan MIC, MCA, MYPP cukup luar biasa dan tidak mustahil BN akan terus kekal di Pontian.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]