Jangan perjudikan masa depan negara

in Uncategorized by


TAIPING – Rakyat diminta supaya tidak mudah terpedaya dengan segala tohmahan dan cerita-cerita yang dimainkan pihak pembangkang menjelang PRU14  ini.


Penyandang Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rakyat perlu membuang semua cerita-cerita tidak benar ini demi memastikan masa depan negara.


“Saya yakin kita (BN) akan memperoleh majoriti besar kerana itu nikmat yang ALLAH beri. Kita bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada kita semua dengan melantik pemimpin bijaksana untuk kepentingan bersama,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Bual Bicara Bersama Guru-Guru Daerah Larut Matang dan Selama, di Hotel Taiping Perdana, semalam.


Hamzah berkata, beliau juga cukup yakin sokongan yang akan diberikan pengundi khususnya bagi kawasan Parlimen Larut..


“Hasil tinjauan yang saya lakukan, kalau di kawasan kita tidak begitu menghadapi banyak cabaran untuk mengekalkan kemenangan pada PRU14 kali ini,” katanya.

 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]