Kito kokal pilih jalan lamo yo

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BAHAU – “Jalan lamo dah ado, jalan baru simpang eh banyak. Mano satu nak ikut? Jalan lamo lurus tak yah la tukar doh, tukar buek apo,”. 


Itu respon Neemah Maalam, 95 ketika ditanya mengenai undi rahsianya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Serting Ilir di sini, hari ini. 


Neemah bagaimanapun mengakui tidak pernah bertukar undi sejak PRU pertama dan akan kekal undi parti sama untuk kali ke-14 pada hari esok.


“Kalau tengok kad pengenalan tarikh lahir uwan 1923 tapi hakikatnya uwan lahir tahun 1917. Kalau dikira umur uwan dah lobih 100 tahun. Maso itu kito tak lah raso buek surat beranak ni ponting.


“Tapi kono juga buek, jadi uwan ikut yolah kawan uwan agak-agak sebaya tulih lahir tahun 1923,” katanya.


Katanya , esok dia  bercadang keluar undi pada awal pagi susulan waktu berkenaan badannya masih segar.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]