Lagi penyu ditemui mati

in Edisi Johor by


MERSING – Seekor lagi penyu ditemui mati terdampar di perairan Pulau Tinggi, Sabtu lalu.


Ini menjadikan setakat Mei 2018 sahaja, sebanyak tujuh ekor penyu telah direkodkan kematiannya.


Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Johor, Bahrinah Bahrim berkata, hasil pemeriksaan ke atas ibu penyu spesis agar itu, punca kematian akibat tercekik alga.


“Kebiasaannya, penyu akan datang ke perairan Johor untuk makan rumput laut.


“Punca kematian dipercayai tercekik sebelum lemas susulan saluran pemakanan tersumbat kemungkinan besar oleh plastik,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Difahamkan penyu sepanjang 1.5 meter itu ditemui terdampar di pantai oleh penduduk kampung dan dianggarkan telah mati lebih 24 jam.


Mengikut rekod, penyu seberat 60 kilogram itu naik dua kali ke pantai Mak Kepit, Pulau Rendang pada 2016 untuk bertelur berdasarkan tag yang terdapat pada badannya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]