Mahkamah arah pindah lokasi perbicaraan

in Global by


NEW DELHI – INDIA. Mahkamah Agung India, semalam mengarahkan perbicaraan lapan lelaki yang didakwa merogol dan membunuh kejam kanak-kanak berusia lapan tahun pada Januari lalu dipindahkan ke negeri lain selepas keluarga mangsa mendakwa mereka menerima ugutan bunuh.


Ketua Hakim, Dipak Misra berkata, prosiding itu akan diadakan di Panthankot, negeri jiran Punjab.


“Ia bertujuan untuk menjalankan perbicaraan adil dan melindungi saksi. Pendengaran kes itu akan dilakukan setiap hari untuk membolehkan keputusan awal dicapai berikutan kes seumpama itu biasanya berlarutan selama bertahun,” jelasnya.


Asifa Bano yang berasal daripada komuniti Islam, Barkawal dikurung selama seminggu dan diperkosa beberapa kali di sebuah kuil sebelum dicekik dan kepalanya dihentak dengan batu.


Insiden kejam itu telah mencetuskan spekulasi rogol telah dipolitikkan sesetengah pihak selepas dua bekas menteri parti pemerintah, Bharatiya Janata (BJP) menyertai protes menyokong kesemua tertuduh dan mendakwa kononnya mereka tidak bersalah. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]