Manifesto Tabung Pendidikan untuk golongan miskin

in Edisi Selangor KL by


KLANG – Mewujudkan Tabung Pendidikan kepada golongan miskin dan mahu melahirkan 100 Tunas Ilmuwan Selat Klang antara manifesto yang dibawa calon Dun Selat Klang, Dr Halimah Ali untuk pengundi jika beliau menang di kerusi berkenaan, esok


Penyandang Dun Selat Klang itu memberi jaminan bahawa pihaknya juga akan menumpukan aspek kesihatan dengan mewujudkan Pusat Riadah Sejahtera.


“Aspek pembangunan tidak dilupakan yang mana kita akan mewujudkan Agro Tourism di Selat Klang.


“Pusat Ekonomi Wanita Sejahtera dan Pusat Belia Sejahtera Selat Klang (Ekonomi & Sukan) juga akan dibangunkan,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau yang juga penyandang Dun Selat Klang berkata, manifesto berkenaan turut menumpukan keseluruhan kategori bukan sahaja wanita bahkan belia yang meliputi pelbagai kaum dan agama.


“Bagi mengeratkan perpaduan kaum, kita akan tumpukan ke arah mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.


“Melalui slogan Baldatun Toyyibatun Warrabun Ghafur, kita akan melaksanakan Mini Serambi Mekah Fasa 2 di kawasan Selat Klang,” katanya.


Dalam pada itu, Halimah berkata, manifesto itu juga akan memberi tumpuan dalam mewujudkan Pusat Perniagaan Setempat untuk rakyat  Selat Klang.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]