Niat pangkah demi generasi akan datang

in Edisi Selangor KL by


GOMBAK – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyeru pengundi memilih calon dari parti kuat yang berpotensi dan boleh membentuk kerajaan.


Beliau berkata, kerajaan negeri berada dalam rekod terbaik berjaya mengekalkan perpaduan antara kaum, ekonomi yang kukuh dan mengadakan program Inisiatif Peduli Rakyat.


Menurutnya, Pakatan Harapan (Harapan) berjanji jika menang PRU14, perikatan itu akan memansuhkan GST dalam tempoh seratus hari.


“Saya seru kepada pengundi bukan hanya untuk kekalkan Parlimen Gombak dan kerajaan negeri sebaliknya menang di peringkat pusat… niatkan pada diri semasa mengundi demi masa depan akan datang. 


“Kepada calon BN tolong jangan ganggu PRU esok, jangan jadikan pilihan raya sebagai tempat bermain kerana ini masa depan generasi akan datang,” katanya dalam program Makan Malam Sentuhan Rakyat di Pinggiran Batu Caves, sebentar tadi.


Katanya, beliau meletakkan harapan tinggi untuk membentuk kerajaan pusat bagi membolehkan urus tadbir cekap dan bebas rasuah.


“Calon BN keluar masuk kampung untuk dapat undi tapi bila dah menang tinggalkan kampung halaman masuk parlimen dan luluskan GST untuk membebankan rakyat di kawasan mereka sendiri.


“Semangat Harapan untuk mengubah kerajaan semakin kuat.. politik bukan sekadar memburu kuasa tetapi melaksanakan mandat rakyat dalam perkhidmatan. Jika salah pilih maka lima tahun akan datang lagi kita akan terus berceramah lagi,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]