Persediaan rapi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi

in Edisi Selangor KL by


KLANG – Tinjauan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi kawasan Parlimen Kapar mendapati petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang giat membuat persediaan.


Sinar Harian dimaklumkan petugas-petugas SPR berada di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang itu sejak jam 9 pagi bagi membuat persediaan tersebut.


Pada masa sama, beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara turut berkawal di pusat itu dalam tempoh 24 jam sehingga esok.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, seramai 708 terdiri daripada 47 pegawai dan 539 anggota PDRM akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses PRU14 esok.


“Kita turut menerima bantuan seorang pegawai dan 105 anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) serta empat anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam tugasan kali ini.


“Rela dan anggota sukarelawan seramai 114 orang turut memberikan bantuan kepada PDRM di sini,” katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]