Pesakit kanser hidung teruja disantuni Norselawati

in Uncategorized by


PARIT BUNTAR – Seorang pesakit kanser hidung tahap empat terharu apabila dikunjungi Calon BN Dun Titi Serong, Norselawati Mat Norwani, sekaligus memakbulkan impiannya untuk bertemu pemimpin BN itu.


Lebih mengharukan, pesakit terbabit, Abdul Latiff Ismail,57, yang tinggal di Kampung Jalan Terusan, di sini tetap membulatkan tekad untuk keluar mengundi pada keesokan hari, meskipun kondisi kesihatan dirinya kurang baik.


Abdul Latiff berkata, penyakitnya mula dikesan tiga bulan lalu sewaktu mengadakan pemeriksaan rawatan di Hospital Pulau Pinang, sebelum dirinya disahkan menghidap kanser hidung tahap empat.


Berikutan itu, Abdul Latiff tidak lagi berupaya untuk terus bekerja di sebuah kilang di sini dan terpaksa mengambil cuti panjang bagi membolehkan dirinya menjalani rawatan kemoterapi.


“Ketika ini, sumber rezeki keluarga saya terputus berikutan isteri saya merupakan seorang suri rumah, manakala saya masih mempunyai tanggungan seorang anak yang bersekolah.


“Syukur kehadiran Cikgu Atie (Norsalewati) sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihan, sekaligus memberi sinar kepada kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan kami,” katanya sewaktu dikunjungi Norsalewati dan petugas kempen calon BN itu hari ini.


Sementara itu, Norsalewati sewaktu ditemui amat bersimpati dengan nasib menimpa Abdul Latiff, lebih-lebih lagi salah seorang anaknya merupakan bekas anak didikannya sewaktu bertugas sebagai guru.


Menurutnya, pihaknya akan cuba membawa permasalahan dihadapi Abdul Latiff ke pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di samping bersedia membantu menguruskan permohonan pencen ilat melalui Perkeso.


“Saya yakin lebih ramai rakyat Dun Titi Serong yang mengalami nasib seperti Abdul Latiff akan dibela sekiranya calon BN diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat mereka selepas 9 Mei ini.


“Rakyat Dun Titi Serong perlu berani berubah dan kembali menyokong kerajaan BN demi memastikan kebajikan mereka terutama dalam aspek perkhidmatan kesihatan akan terus dipertingkatkan ke tahap optimum,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]