Replika bot nelayan BN gah!

in Edisi by


KUALA KEMAMAN – Replika bot nelayan yang menghiasi markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Kuala Kemaman mencuri tumpuan orang ramai yang melalui jalan di hadapan markas berkenaan.


Dek keunikan replika itu yang dibina menyamai saiz bot nelayan sebenar, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar termasuk berswafoto.


Nelayan, Azmi Abu, 42, berkata, replika bot itu dibinanya dengan bantuan seorang rakannya, Nor Azman Nordin Ali, 32, dan ia sebagai simbolik perkerjaan utama penduduk di kawasan berkenaan.


Katanya, replika itu dibina menggunakan batang paip, kayu dan sebanyak 25 helai bendera BN.


“Replika bot ini siap sebelum penamaan calon lagi dan sejak siap memang ia jadi tumpuan ramai.


“Mereka yang ambil gambar di sini bukan sahaja sekitar kampubg berdekatan malah ada yang datang dari jauh temasuk dari Cheneh dan pengunjung yang masuk ke sini untuk makan satar, otak-otak dan keropok,” katanya.


Tambahnya, replika itu lebih menarik pada waktu malam kerana dihiasi dengan lampu lip lap dan menaikkan lagi seri markas berkenaan.


Kata Azmi, pada PRU13 yang lalu, mereka menghasilkan replika basikal dan kereta kebal dan kali mereka mahu menonjolkan identiti nelayan pula.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]