Selesai lawat semua PDM, 78 markas BN

in Edisi by


SETIU – Calon BN Permaisuri selesai melawat kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan melawat 78 markas BN di dun berkenaan dalam tempoh tujuh hari berkempen.


Datuk Abd Halim Jusoh berkata, dia hanya fokus melawat markas dan PDM pada sebelah malam manakala waktu siang akan berjumpa pengundi di jabatan-jabatan selain penduduk.


Menurutnya, dari segi sokongan yang dilihat, beliau yakin dapat meningkatkan majoriti kepada 4,000 pada PRU kali ini.


“Sebenanrya macam ni, pertambahan pengundi daripada masa saya dulu (calon Permaisuri PRU12), pengundi kira-kira 16,000 dan meningkat ketika penyandang (Datuk Mohd Jidin Shafee) kepada 20,000, dan sekarang mencecah 24,000.


“Bermakna pertambahan pengundi menjadi 8,000, majoriti pada PRU11, 3,600, PRU13 (2,900), jadi pertambahan pengundi 4,000 orang.


Katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno Bersama Warga N06 Dun Permaisuri di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim, di sini.


Abd Halim yakin boleh dapatkan balik majoriti asal (PRU12) dan meningkat, lagipun bertanding tiga penjuru.


“Saya yakin boleh kekal pengundi lama dan yang baru pun akan berpihak kepada kita (BN),” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]