Simbol PKR taktik DAP pujuk Melayu: Salleh

in Politik by


KUALA LUMPUR –  Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata DAP cuba ‘mengawal keadaan’ dengan menampilkan kedua-dua simbol PKR dan roket bagi menenangkan  penyokong Cina  mereka sambil memujuk orang hati Melayu pihak pembangkang.


“Kit Siang berharap mereka kemudian dapat mengekalkan sokongan Cina mereka dan serentak itu mendapatkan sokongan Melayu. Ini satu bentuk perdayaan dan menunjukkan DAP tidak yakin dengan simbol PKR,” katanya dalam catatan blognya, malam tadi.


Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang juga calon BN Parlimen Kota  Belud  berkata  penasihat  DAP Lim Kit Siang kini dalam dilema kerana masyarakat Cina tidak memberi respons positif  kepada  simbol  PKR sebagaimana beliau harapkan dan nampaknya ada beberapa tentangan.


Salleh berkata Kit Siang sepatutnya mendengar pendapat  Chen Man Hin dan bukan  pengerusi  Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memilih simbol parti kerana penyokong DAP sudah biasa dengan simbol ‘Roket’.


“DAP fikir mereka bijak dengan berselindung di sebalik simbol PKR. Dan sekarang oleh kerana ini mengecewakan orang Cina mereka ‘menonjolkan kembali’ simbol roket dan pada masa sama  enggan  mengetepikan simbol PKR.


“Ini menimbulkan kekacauan lebih besar bagi DAP,” kata Salleh. – Bernama

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]