Sinar Harian palsu: Kelab Sahabat N87 buat laporan

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


MELAKA TENGAH – Kelab Sahabat N87 turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah berhubung edaran akhbar Sinar Harian palsu yang antara isi kandungan turut mengaitkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.


Presidennya, Osman Ismail berkata, pihaknya menghubungi wakil Sinar Harian di Melaka bagi mengesahkan perkara tersebut sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis itu.


“Kami Kelab N87 ada menerima laporan tentang akhbar Sinar Harian palsu ini yang diedarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab lantara telah pergi ke Taman Seri Duyung Seksyen 2 di mana lokasi yang dimaksudnya.


“Kami temui senaskah akhbar palsu yang ditunjukkan oleh seorang penduduk. Muka hadapan akhbar palsu itu bertajuk ‘Janji Sulit Tun M-Najib’ sangat berlainan dengan muka hadapan Sinar Harian hari ini bertajuk ‘Hadi Nasihat Tun M’,” katanya.


“Kami juga mendapati laporan di muka surat 2 bertajuk ‘Najib letak jawatan PM Disember 2019’ juga tidak benar dan sangat mengelirukan.


“Ia bertujuan untuk mengelirukan pengundi dan penyokong BN menjelangkan PRU14 esok,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]