Tak sabar mahu pulang ke Malaysia

in Edisi Johor by


PONTIAN – Nelayan dari Pulai Sebatang, Mahabob Hasimat, 54, yang menjalani hukuman penjara di Tanjung Pinang, kerana memasuki perairan Indonesia pada Julai tahun lepas, dibebaskan hari ini.


Menerusi pesanan ringkas yang dikirim anak sulung Nasarudin, 34, pagi ini menyatakan ayahnya tidak sabar mahu pulang ke Malaysia untuk bertemu isteri, Besah Abu Bakar, 57, enam anak dan sanak saudara di Pontian.


“Ayah dibebaskan jam 9.20 pagi tadi ikut waktu di Tanjung Pinang. Waktu di sini lambat sejam dari waktu di Malaysia.

Mahabob melangkah keluar dari Penjara Tanjung Pinang pagi tadi.


“Syukur semuanya sudah selesai. Saya dan ayah akan bergerak ke terminal feri Tanjung Pinang untuk menaiki feri ke Stulang, Johor.


“Mungkin kami akan sampai didipada Pontian pada sebelah petang. Doakan perjalanan kami selamat,”katanya.


Sementara itu, Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian, Hairol Akbar Saat, berkata satu majlis khas akan diadakan di Pejabat PNK Pontian untuk menyambut ketibaan Mahabob petang ini.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]