‘Tak sabar nak pangkah dacing’

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


GEMAS – “Uwan sayang dacing. Uwan akan tetap undi dacing sambil bila-bila,” luah Surip Stro, 97, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Ladang, di sini, semalam.


Cucu Surip, Siti Nor Aliah Asrah, 20, berkata, semasa uwannya masih sihat dan boleh bergerak sendiri, uwannya itu sangat aktif dalam menyertai sebarang aktiviti kemasyarakatan anjuran Umno di perkampungan berkenaan.


Bagaimanapun menurutnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tahap pendengaran uwannya semakin berkurangan, selain uwannya juga berhadapan dengan masalah penglihatan makin kabur.


“Pun begitu, uwan tetap tak pernah ketinggalan untuk membuang undi. Yang paling uwan ingat dan akan pangkah ialah lambang dacing.


“Pada PRU13 lalu, khidmat perayu undi terpaksa digunakan bagi membawa uwan mengundi di Sekolah Kebangsaan Ladang memandangkan uwan sukar bergerak serta mengundi sendiri,” katanya.


Turut menziarahi Surip, Calon BN Dun Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said dan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Ladang, Mohamad Haris Jantan.


Sementara itu, Abd Razak berkata, sepanjang kempen PRU14 ini, dia tetap menggunakan pendekatan yang sama sejak diamanahkan sebagai penyandang kerusi Dun Gemas pada PRU13 dengan berjumpa masyarakat, duduk di kedai kopi, pergi dari rumah ke rumah atau di mana sahaja penduduk bersantai, dia akan bersama dengan masyarakat.


Menurutnya, apa yang dilakukannya itu adalah bagi mendekati masyarakat di Dun berkenaan serta mengingatkan masyarakat di Gemas untuk sama-sama berkongsikan pandangan bagi membangunkan Gemas.


“Gemas ini kita punya… orang Gemas yang punya… mereka yang lahir di Gemas, mereka yang menetap di Gemas, mereka inilah yang akan bersama-sama membangunkan Gemas dan mendoakan yang terbaik untuk Gemas.


“Malah, sebagai penduduk di Gemas termasuk pengundi yang sudah berusia, saya yakin dan percaya mereka semua bijak memilih kepimpinan sebelum ini yang sentiasa bersama mereka untuk membangunkan kawasan mereka.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]