TNB tingkat perkhidmatan pelanggan

in Bisnes by


TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan terus memanfaatkan teknologi, menawarkan perkhidmatan berkaitan tenaga dan memantapkan kecekapan sebagai usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan di samping meraih keuntungan dalam negeri.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, aktiviti-aktiviti kumpulan akan meningkatkan lagi perkhidmatan pelanggan melalui cara teknologi, termasuk meningkatkan kehadiran digital.


“Kumpulan juga akan menaik taraf lagi pusat hubungannya sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberi khidmat kepada pelanggan dan turut akan bekerjasama rapat dengan kumpulan TNB serta rakan luaran mengenai kemungkinan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan tenaga.


“Perkhidmatan ini dijangka akan meningkatkan keuntungan domestik kami, sementara kecekapan perkhidmatan pelanggan kami akan terus ditingkatkan apabila kami menyelesaikan pemisahan entiti perkhidmatan pelanggan pada 2018,” katanya dalam Laporan Tahunan Bersepadu TNB (tempoh empat bulan berakhir 31 Disember 2017.


Azman mendedahkan bahawa kumpulan itu juga mengamalkan teknologi baru menerusi pendekatan untuk operasi gridnya.


Katanya, TNB akan memperbaiki pengurusan aset sambil memperluaskan penggunaan penyelesaian mobiliti.


“TNB juga merancang untuk memulakan penerapan penyelesaian mobiliti untuk saluran kuasa dan pengurusan aset kabel di seluruh Semenanjung menjelang suku ketiga 2018.


“Percubaan untuk menggunakan penyelesaian mobiliti untuk pengurusan pembinaan kumpulan, pengurusan substa, operasi voltan rendah dan pembaikan adalah sasaran untuk suku kedua 2018,” katanya.


Dalam pada itu, beralih kepada pengambilalihan antarabangsa TNB dan pemerolehan aset yang boleh diperbaharui, Azman berkata, kumpulan itu akan terus meneroka pemerolehan terbaharu antarabangsa yang berpotensi tinggi dalam kedua-dua generasi solar dan angin.


“Lebih-lebih lagi, kami telah melangkaui pengambilalihan pembaharuan antarabangsa, dan telah secara aktif mengambil bahagian dalam bidaan hijau antarabangsa yang boleh diperbaharui sejak 2016.”


Sementara itu, mengulas mengenai empat bulan yang berakhir pada 31 Disember 2017, Pengerusi, Tan Sri Leo Moggie berkata, TNB mengekalkan trajektori pendapatan yang stabil dan lestari dengan keuntungan operasi RM3.15 bilion dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM2.74 bilion, lebih tinggi daripada RM1.79 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.


“Hasil kewangan kami menunjukkan pengurusan kewangan berhemat TNB yang menyokong matlamat kami untuk pertumbuhan yang mampan. Ia juga membolehkan kami terus memberikan nilai kepada para pemegang saham kami,” katanya


Lembaga TNB telah meluluskan pembayaran dividen sebanyak 21.41 sen sesaham, bersamaan dengan RM1.21 bilion untuk tempoh empat bulan.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]