Yakin menang majoriti 1,000 undi

in Uncategorized by


BAGAN SERAI – Status sebagai calon muka baharu dan muda tidak menghalang keyakinan calon PKR Parlimen Bagan Serai, Adam Asmuni untuk menjadi giant killer dalam pertembungan tiga penjuru pada PRU14.


Lebih mengejutkan, Adam meluahkan keyakinan mampu menewaskan penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dari BN dan seorang lagi pencabar dari Pas, Rohaya Bakar dengan kelebihan majoriti undi sekurang- kurangnya 1,000 undi pada 9 Mei ini.


Menurutnya, keyakinan itu diluahkan setelah mendapati sokongan ditunjukkan pengundi Parlimen Bagan Serai terhadap dirinya semakin meningkat, terutama masyarakat cina dan India.


“Selain itu, hasil usaha kami mendekati pengundi atas pagar mendapati sekurang-kurangnya 30 peratus daripada mereka menunjukkan kecenderungan menyokong Harapan.


“Setelah 10 hari berkempen, rakyat Bagan Serai semakin menunjukkan sokongan terhadap calon PKR-Harapan secara terang-terangan.


“Sejak kebelakangan ini, semakin ramai penyokong BN dan Pas yang berbisik kepada akan memberi undi kepada saya secara senyap-senyap dan saya jangkakan mampu meraih majoriti kemenangan sekurang-kurangnya 1,000 undi,” katanya kepada media di sini hari ini.


Sementara itu, Dr Noor Azmi ketika ditemui menempelak keyakinan Adam yang dianggapnya sebagai ‘syok sendiri’.


Menurutnya, dalam tempoh lima tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat, dia sentiasa turun padang dalam menyelami setiap permasalahan rakyat, termasuk penganjuran pelbagai program ‘suka duka’.


“Dalam tempoh lima tahun, terdapat pelbagai limpahan pembangunan yang disalurkan kerajaan BN kepada rakyat Bagan Serai, malah saya secara peribadi memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka.


“Saya percaya rakyat Bagan Serai akan membuat pilihan bijak pada 9 Mei ini dengan mengekalkan kerajaan BN yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka terutama golongan pesawah,” katanya.


IFOGRAFIK


P.058 BAGAN SERAI


N.10 ALOR PONGSU


N.11 GUNONG SEMANGGOL


N.12 SELINSING


Jumlah pengundi P.058 Bagan Serai: 54,561


Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]