13 kali mengundi

in Uncategorized by


SELAMA – Seorang warga emas melahirkan rasa gembira apabila dia sekali lagi dapat menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU14.


Tekah Mat Zain, 83, berkata, sejak dulu dia tidak pernah melupakan tanggungjawab berkenaan kerana setiap satu undi itu amat penting.


Memurutnya, hari ini walaupun sudah tidak begitu sihat, namun dia tidak melepaskan peluang.


“Makcik datang dengan anak, sebab sekarang sukar nak berjalan, jadi perlu ada orang yang membantu,” katanya kepada Sinar Harian di pusat mengundi di SK Sungai Bayor, di sini hari ini.


Dalam pada itu, Tekah berkata, hari ini dia berasa sangat seronok kerana dapat keluar dan berjumpa kawan-kawan.


“Biasalah selalu makcik hanya duduk di rumah tambahan pula keadaan kesihatan tidak mengizinkan.


“Tapi syukur hari ini sekali lagi makcik akan tunai tanggungjawab untuk mengundi,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]