Gua Musang kekal milik BN

in Politik by


GUA MUSANG – BN terus mengekalkan pemerintahan di Gua Musang dengan menyapu bersih parlimen dan ketiga-tiga dun.


Parlimen Gua Musang, menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah menang dengan 19,426 undi mengalahkan Abdullah Hussein (Pas), 15,513 undi dan Mohd Nor Hussin (Bersatu) (4,997) dengan majoriti 3,913.


Di Dun Nenggiri, Ab Aziz Yusoff, memenangi kerusi dengan majoriti 461, iaitu 5,506 undi mengalahkan Mohd Sidek @ Saupi Ab Razak (Pas) (5,045) dan Othman Yusoff (PKR), 788 undi.


Manakala di Dun Paloh, Amran Arifin menang dengn majoriti 1,439, dengan undian 6,974, mengalahkan Azman Ahmad (Pas), 5,535 dan Noraini Husin (PKR), 417 undi.


Di Dun Galas pula, Mohd Syahbuddin Hashim membuktikan kehebatannya dengan mengalahkan Suhaimi Mat Deris (Pas) (5,543), Nasir Dollah (Bersatu) (2,973) dengan majoriti 1,738 iaitu 7,281 undi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]