Ibu pantang 10 hari sempat undi saat akhir

in Edisi by


KUALA TERENGGANU – Ibu berpantang 10 hari sempat menunaikan tanggungjawab mengundi di saat akhir kira-kira jamĀ  4 .10 petang tadi.


Nurul Ain Khalid, 33 ditemani suami, Mohd Tarmizi Wan Jusoh bagi membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Razali Ismail, Dun Batu Burok, di sini.


Walaupun pasangan ini terpaksa menempuh perjalanan panjang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, semangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia tidak goyah.


“Kami melalui lapan hingga sembilan jam perjalanan disebabkan kesesakan lalu lintas kerana kebanyakan warga kota pulang ke kampung halaman untuk mengundi.


“Walaupun agak penat, saya tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab yang dilaksanakan hanya sekali dalam tempoh lima tahun,” katanya yang baharu bersalin anak kedua.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]