Kaji semula kesesuaian lokasi: Pas

in Edisi by


PARIT BUNTAR – Calon Pas Dun Kuala Kurau, Abdul Bahrin Md Desa menggesa  dikaji semula kesesuaian lokasi pusat pengundian Sekolah Menengah Agama (SMA) Shamsul Maarif, Tanjung Piandang di sini pada PRU akan datang.


Abdul Bahrin berkata, gesaan itu dibuat berikutan lokasi itu dianggap kurang bersesuaian susulan berlaku kesesakan jalan raya teruk di hadapan pusat pengundian di samping tidak dapat menampung keperluan 2,500 pengundi di situ.


Menurutnya, selain itu, kegagalan penyediaan anggota keselamatan untuk bertugas mengawal lalu lintas menyebabkan keadaan jalan sesak dan pengundi hadapi kesukaran akses untuk ke tempat mengundi.


“Saya berada di pusat pengundian di sini sejak pagi dan melihat keadaan lalu lintas yang sesak menyebabkan pengundi warga emas terpaksa berjalan jauh untuk ke pusat pengundian.


“Selain itu, kekurangan kakitangan SPR untuk membantu warga emas yang menggunakan kerusi roda menyebabkan pengundi tidak selesa,” katanya kepada media di sini hari ini.


Di sebalik kesulitan dihadapi pengundi Dun Kuala Kurau di pusat pengundian di situ, pihak bersyukur trend peratusan keluar mengundi menunjukkan peningkatan amat memberangsangkan.


“Cuma saya minta semua pengundi segera keluar mengundi sebelum waktu petang kerana dijangkakan cuaca hujan pada waktu itu,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]